YPJ Holdings Sdn. Bhd.

Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) telah ditubuhkan melalui penguatkuasaan Enakmen Yayasan Pelajaran Johor 1982 (No. 8, Tahun 1982) di bawah pengurusan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dalam menguruskan tabung biasiswa dan pinjaman pelajaran Negeri Johor untuk melanjutkan pelajaran di institusi-institusi pengajian tinggi di dalam dan di luar Negara. Pada tahun 1986, YPJ memulakan pentadbirannya yang berasingan di bawah kawalan Lembaga Pengarah yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Menteri Besar Johor. Aktiviti-aktiviti komersil YPJ telah diasingkan daripada pengurusan biasiswa dan pinjaman pelajaran melalui proses penyusunan semula YPJ pada 1 Januari 1994.
Dengan penubuhan YPJH melalui penyusunan semula, ia telah mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dalam bidang komersil. Dengan pertambahan peluang pendidikan tinggi di Negara ini dan pembukaan institusi-institusi YPJ seperti Kolej Islam Johor, Institut Teknologi Perindustrian, Kolej Komuniti dan Kolej Hospitaliti. YPJH berazam untuk menunaikan tanggungjawabnya untuk membiayai perbelanjaan untuk memajukan pelajaran anak-anak Johor dan industri pendidikan di Negeri Johor.



